Thursday 13 June 2013

Sarawak Troll rule


Rule rah Sarawak Troll.... mesti ktk urang ada tauk sikit2 rule rah ST tok nak? Mungkin bagik ktk urang troll tok sikda rule sebenarnya. tpi ya rah negara lain, rah negara Sarawak tok lain. tok antara benda2 yang dilarang rah Sarawak Troll : 

1. Troll politik
2. Troll racism (antara sidak malaya)
3. Troll lucah (mun dicensored sikhal)

yalah antara benda2 nok di ban dari page ST tok tek.. juh pegi ke rule2 utama nya gik, baca rah dibah ya...

Rule 1 akta rasis
(a) Troll berunsur penghinaan keatas sesuatu bangsa amatlah dilarang.
(b) Troll berunsur politik tidak dibenarkan. sebab boleh nyuroh page Sarawak Troll tok berpecah belah.

hukuman : bagik troll berunsur politik, org yg ngepost ya kemungkinan boleh di ban mun nya ngepost troll jenis ya lebih dari 2 kali. mun bagik troll rasis bangsa, org ya akan di warning, mun nya masih post troll jenis sama lebih dari 2 kali, org ya akan di ban juak.

Rule 1 akta lucah
(a) Troll berunsur lucah tidak dibenarkan (unless ktk urang censored troll ya dan cover sikit word)
(b) Troll yang ada word nyumpah tanpa di censored

Hukuman : troll lucah dan nyumpah (yang sik ditapis) sikkan di share rah wall ST. troll yang ditapis dibenarkan.

yajaklah rule nya tek. admin lom mikey mok nambah rule apa gik klak... dah mupok lok...

Baca banyak gik »

Saturday 8 June 2013

Troll paling berjaya dan cemerlang dalam sejarah Sarawak Troll !

aaaa..... mena kah nisik? op cos lah mena! hahaha!
ahh.... sorry lamak sik update site tok. almaklumlah, admin bukan busy ka apa.. malas mok naip blog... dah berdebu blog tok duhal lamak gilak sik di abas...(eee, debu lah gilak tek... *hahaha! ok2) tok nya, post pake ngilang debu...

Ok, kali tok mok bersusei & ngereco hal troll paling berjaya di Sarawak Troll. mok tauk ka troll apa nok digembar-gemburkan admin tadik? tok nya.... (tangga dibah ya...*you don't say?)hahaha!

adakah pusak + asuk = pusuk ??? 

haaaa!!! tok nya! troll tok bertajuk Keistimewaan Bahasa Sarawak! kenak troll tok dikatakan paling berjaya dan cemerlang? sbb jumlah org share nya sebanyak 902 & orang like sebanyak 1057! sorrylah mun page lain lebih bnyk share gik, sorry juak mun admin tok sakai nemu share bnyk ya. 

tpi utk page yg kecik mcm Sarawak Troll (*yerrdehh, merendah dirik lok, hahahah!), memang patut admin sakai dgn ya, sbb selamak page ST tok bukak, ne penah dpt share kdk ya bnyk, paling bnyk dolok pun 300+ share jak. 

jadi, admin pun malas mok meraikannya laluan gilak takut dipadah urang sakai klak... oklah, takat ya jak, mun admin panjang umor, klak admin update gik ah... 

assalamualaikum dan salam 1 Sarawak...

-Admin 3

Baca banyak gik »

Monday 1 April 2013

Beckham hampir untuk menandatangani sebagai Ngap Sayot?

David Beckham



KUCHING: laporan yang belum disahkan telah beredar dalam tempoh 24 jam yang lalu bahawa bintang bola sepak Inggeris, David Beckham mungkin akan menandatangani untuk bermain buat Sarawak dalam Liga Perdana.

Tempoh pemindahan pemain bagi pasukan dalam liga kebangsaan kini terbuka.

Khabar angin adalah semua lebih menggiurkan kerana Beckham berada di China bulan lalu dan dia bercakap mengenai harapan untuk menamatkan kerjaya beliau bermain di Asia.

Seorang jurucakap Persatuan Bola Sepak Sarawak hanya akan mengatakan "tiada ulasan" kepada pertanyaan yang dibuat malam tadi.

Berusia 37 tahun media superstar kini pada kontrak jangka pendek bermain dengan kelab Perancis, Paris St Germain.

Dia bermain dalam kemenangan 1-0 kelab itu lebih Montpellier dua malam yang lalu.

Dihubungi melalui e-mel, pegawai Paris St Germain hanya akan mengatakan bahawa Beckham dalam perjalanan ke luar Eropah pada masa ini.

Sumber : The Borneo Post
Baca banyak gik »

Sunday 31 March 2013

Sarawak Troll : That Moments trollolol


Sarawak Troll that moments. kompom takrang tauk nak?mun lom tauk, tok ku ceritakan.

Dipolah oleh Admin 3 makey software Adobe Photoshop yg menceritakan benda pelik ngn inggar yg terjadi around kita tok. ada ngereco, ngerepak, nyindir ngn mcm2 gik lah...

Mun takrang mok nangga bnyk gik, pegi ke link tok album nya, mun sik pegi ke Sarawak Troll - Picture  - Album - Sarawak Troll : That Moments...
 tok link ke album ya...

okehh, juh nangga antara moment2 yg dah dipolah...






Baca banyak gik »

Thursday 28 March 2013

Sejarah dan biodata Sarawak Troll

Logo Sarawak Troll, dipolah oleh
Admin 1


Sarawak Troll mula dilancarkan pada 19 Januari 2012 oleh admin Roberto yg ditunggah urang 
Admin 1. 30 ari lepas page tok dilancar, total like sekitar 500 org, nang cepat org ngagak page ya. 

jumlah like pada18 Februari 2012
Turut memajukan Sarawak Troll, admin Ryuu Kai a.k.a Admin 2, molah mcm2 troll pake nait nama page tok. Sigek-sigek troll di upload, makin lamak makin rami org molah troll, sama ngn likes makin meningkat. Dalam masa setaun jak page tok dah 30 ribu org like.

Pasya pada 12-12-2012, admin 3 dilantik pake ngurus page tok sbb admin 1 ngn 2 makin sari makin busy. bila admin 3 dilantik, nama ST makin nait. Dalam nama ya nait, ada juak conflict berlaku. 2 conflict terjadi masa admin 3 jadi admin.

List Admin yg ada rah Sarawak troll...

Admin 1 - Roberto
Admin 2 - Ryuu Kai
Admin 3 - Nash

Conflict 1 - 17 Disember 2012

Lebih dikenali dgn nama Conflict Erika Stylo. Si Erika nganok yg troll rah ST (sarawak troll) sik educated, nya mok troll yg educated. bila admin 3 publish apa yg dipadahnya masa ya, abis si erika ya knk bantei sidak2 ST.

pasya nya post mcm2 word sik bagus nganok ST. Bkn ya jak, sampe sidak molah troll hal nya. Jadi admin-admin paksa lah bersepakat mok delete post  tempat sidak beranok, pasya ban Erika Stylo ya. conflict berlarutan selama lebih dari 3 hari. sik abis2 sidak fans ngutok si erika ya.

Abis conflict, sidak balit molah troll mcm biasa...

Conflict 2 - 11 Feb 2013

Conflict tok sik brapa lamak gilak, dalam 2 ari kdk ya. Conflict tok melibatkan fans ST ngn Puteri Dayana Qharliesha. mula2 si puteri ya post rah wall ST mdh "aku tak phm bahasa sarawak bodoh! buat bahasa malaysia". Admin 3 share post nya ya ke wall, alu sidak rami2 bantei nya.

Tpi sik seteruk erika stylo lah, sampe molah troll hal nya. tok conflict biasa2 jak, tpi nang beranok mena lah ngn miak ya. Conflict berlarutan kurang dari 2 ari. 


Akhir bulan Februari, awal bulan Mac

Lahad Datu mula diserang oleh sidak Sulu. Lahad Datu diisytiharkan Darurat. Polis mula masok ke kampong tanduo. 8 polis terkorban dan tentera mula nyerbu Lahad Datu dengan jet pejuang hawk ngn sukhoi. 

Kampung Tanduo bergegar sebab bomb yg di gugok rah kampung ya. kakya sidak tentera mulakan Ops Daulat ngn Sapu bersih. Sampe nektok masih gik lom ada tanda2 reda. eh, lupak, sorang polis Sarawak terkorban masa berperang rah Lahad Datu, namanya ASP Micheal ak Padel.

27 Mac - 12:45 tengah hari

Website rasmi Sarawak Troll, website nok dibaca takrang masa tok dibukak kepada umum. Admin 3 sebagai admin website tok! juh kita molah troll bnyk2 pake naitkan gik nama Sarawak Troll!


Baca banyak gik »

Fort Margherita bakal jadi Geleri Brooke

Pemandangan Fort Margherita masa sidak gik molah
DUN baru


KUCHING 28 Mac 2013 : Kementerian Pelancongan giat mengumpul dokumen bersejarah serta barangan peribadi milik keluarga Rajah James Brooke untuk dipamerkan di Galeri Brooke yang dijangka dibuka kepada umum tahun depan.

Menterinya, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, cicit Rajah Putih itu, Jason Brooke telah menyatakan persetujuannya untuk memberi atau meminjamkan semua dokumen serta barangan peribadi keluarga Brooke yang dimilikinya bagi tujuan tersebut.

“Kita juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang memiliki barangan serta dokumen sejarah berkaitan keluarga Brooke meminjam atau memberikan kepada kita untuk dipamerkan di galeri ini nanti, jika mereka sanggup untuk berbuat demikian,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej i-System Kuching dan Hotel Hilton Kuching untuk menawarkan Diploma Program Pengurusan Hotel di kolej berkenaan di sini, semalam.

Abang Johari yang juga Menteri Perumahan memberitahu, pihaknya juga akan menjalinkan kerjasama dengan pihak British Museum dan The National Archives di United Kingdom (UK) untuk mengumpul khasnya dokumen bersejarah pada era pemerintahan Brooke.

“Dokumen atau fakta sejarah era Brooke banyak disimpan di British Museum dan arkib British (The National Archives di UK) dan salah satu daripadanya ialah fakta mengenai perbicaraan Rosli Dhoby.

“Bagi tujuan itu, kita akan menghantar pensyarah dari UNIMAS untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak di British Museum dan The National Archives di UK untuk mendapatkan dokumen yang asal atau sekurang-kurangnya salinan yang sudah disahkan,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai Galeri Brooke, Abang Johari berkata ia adalah Kubu Margherita yang terletak di Tebingan Kuching dan ketika ini kerja-kerja pengubahsuaian sedang dilakukan.

Menurutnya, kerja-kerja pengubahsuaian hanya melibatkan bahagian dalam bangunan itu dan dijangka siap pada hujung tahun ini.

“Memandangkan Kubu Margherita itu bangunan warisan sejarah maka tidak banyak pengubahsuaian dilakukan hanya melibatkan bahagian dalam, struktur asal bangunan itu harus dikekalkan.

“Bagi galeri, susun atur dalamannya mesti menarik dan pada masa sama, mempunyai ciri-ciri yang boleh menyimpan serta memelihara dokumen-dokumen serta barangan bersejarah di situ dengan selamat. Kos pengubahsuaian belum dapat dipastikan lagi, mungkin melibatkan beberapa juta ringgit,” jelasnya.

Beliau turut memberitahu, kementeriannya kita sedang mempertimbangkan untuk membangunkan tapak Alfred Russel Wallace yang terletak berdekatan dengan Batu Buaya di Santubong dekat sini sebagai salah satu produk pelancongan di negeri ini.

Menurutnya, tapak itu sangat penting dari segi warisan sejarah kerana ia merupakan tapak bermulanya teori revolusi manusia yang dibangunkan oleh Wallace dan Charles Darwin.

Sumber : Utusan Borneo
Baca banyak gik »

Legend of Troller, P.Ramlee...

Scene dari film Pendekar Bujang Lapok

P.Ramlee, sapa sik kenal ngn nya tok nya? tukang molah film, belakon nya juak, pemuzik, pelawak ngn mcm2 gik lah yg bermula dari hurup "P". mok tauk sejarah nya tok? tok serba sikit tentang latar blakang nya.

Ninek ku ceta, mun ada ceta P.Ramlee kluar rah panggung, nya ngn geng2 nya carik kayu rah utan pake jual, duit ya kakya pake meli tiket wayang ya. Nang dari dolok marek, ceta classic nang favourite ninek ku. okeh, juh sambung ceta.


P.Ramlee

Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee (dilahirkan sebagai Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh; 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan yang meluas dari dalam dan luar negara di sepanjang hidupnya hinggalah selepas kematiannya.

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri, pada tarikh 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967).
Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri iaitu Syeikh Ali melalui ibu yang sama.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan Sekolah Kebangsaan Francis Light. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. 
Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila perang tamat.


Sudin ngn Ajiz

Mun P.Ramlee belakon, nang kompom ada geng2 nya mcm Sudin ngn Ajiz, sik abis perey nangga olah sidak ya! Sudin kejanya nyakat si Ajiz, sbb Ajiz jak yg alus rah sia. nya duak tok nang ndak alah2 klaie hal pelik2, kakya ramlee gik jadi org tengah pake ngelerai sidak ya.

Ceta yg paling best sidak belakon ialah Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman bujang Lapok ngn Ali Baba Bujang Lapok. sik abis perey nangga ceta2 ya. Dibah tok antara latar belakang Sudin ngn Ajiz


Aziz Satar

Datuk Abdul Aziz bin Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar (lahir 8 Ogos 1925), merupakan salah seorang seniman serba boleh.                                                                           Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.                                                                                     Beliau dilahirkan di Pakalongan, Surabaya, Indonesia pada 8 Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.                                                                                          Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal - Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.                                                                                       Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman pendudukan Jepun di Malaya. 

Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150.


S.Shamsuddin


Sahamsudin bin Dali atau lebih dikenali sebagai S. Shamsudin (dilahirkan 1 Januari 1929 (84 tahun)) merupakan pelakon dan pelawak filem Melayu kelahiran Singapura yang terkenal semasa 1950-an & 1960-an.

 Beliau lebih terkenal kerana lakonan watak-watak lucu dalam filem. S. Shamsuddin telah mendapat didikan daripada bapa mertua P. Ramlee iaitu Daeng Haris.

Keistimewaannya terletak pada gerak badannya yang lincah dan lidahnya yang petah sewaktu berkata-kata. Telah berlakon beberapa filem antaranya Bujang Lapok, Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.

Suatu hari, pada 1948, dia melawat Studio Malay Productions (MFP) di Jalan Ampas hanya untuk melihat bagaimana perfileman dijalankan. Lawatannya ternyata bertuah kerana dia diberikan peluang untuk menjadi pelakon tambahan dalam filem Chempaka yang di arah olrh B. S. Rajhans.

Beberapa hari kemudian dia mencari kerja di MFP dan mendapat kerja sebagai tukang kayu bagi set studio dan filem. Sementara itu dia turut bekerja sebagai pelakon tambahan atau penari dalam filem. Akhirnya, dia diberi peranan dalam film Aloha, yang diarah oleh B. S. Rajhans.

Dia berlakon dalam beberapa babak yang memerlukan banyak dialog, yang dianggap besar bagi pelakon tambahan malah bagi pelakon baru. Peranan komedinya dalam filem dilakonkan bersama Osman Gumanti, Mariam, P. Ramlee, A. R. Tompel dan D. Harris, menonjolkan bakatnya dalam lakonan.

Lebih banyak watak filem ditawarkan kepadanya, dan Sudin akhirnya menjadi pelakon tetap bagi filem Melayu era tersebut bersama Aziz Sattar, kedua-duanya muncul bersama pelakon terkenal P. Ramlee beberapa kali, terutamanya dalam siri filem Bujang Lapok.

P/s: Sidak tok nang legend dlm bidang troller tok, sikda yg dpt ngalah sidak...

Baca banyak gik »

Wednesday 27 March 2013

Jambatan baru connect PJ ngn City Center!

BERTUAH: Seorang penunggang motosikal yang melalui Jejambat Jalan
Tun Jugah-Jalan Song-Upland menerima hadiah daripada Manyin.

KUCHING: Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan RM145 juta untuk membina jambatan ketiga menghubungkan kawasan Petra Jaya dan pusat bandar.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, elemen projek itu akan merangkumi pembinaan jalan raya dan sebuah jambatan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jarak jalan dan jambatan itu kerana Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu menyiapkan tugas teknikal terlebih dahulu.

“Kami menerima kelulusan untuk projek ini dua minggu lepas daripada Kementerian Kewangan dan ia melibatkan belanja RM145 juta.

“Saya berharap kontraktor dapat dikenal pasti dengan segera kerana peruntukan sudah diluluskan,” katanya kepada pemberita  di sini, semalam.

Menurutnya, projek itu akan bermula dari kawasan Emart Matang akan melalui Sungai Sarawak dan menuju ke Jalan Stephen Yong.

“Ia akan memberi keselesaan kepada penduduk Kuching dan Petra Jaya,
“Ini kerana apabila projek ini siap nanti, mereka yang tinggal di Petra Jaya tidak perlu masuk ke pusat bandar untuk ke lapangan terbang,” ujarnya.

Manyin menjelaskan, tiada sebarang bayaran atau tol akan dikenakan kepada mereka yang melalui jalan itu nanti.

“Tiada tol dan ia adalah percuma,” ujarnya sambil menyatakan projek itu akan dimulakan selepas mendapat kata putus daripada JKR.


sumber : theborneopost
Baca banyak gik »

Kemalangan di Jalan Semerah Padi



Petrajaya, 26 Mac-Satu kemalangan yang membabitkan sebuah kereta viva telah berlaku di kawasan Semerah Padi pada pagi tadi pada jam 8 pagi.

Menurut mangsa kemalangan yang dikenali sebagai Ida, insiden itu berlaku semasa beliau sedang melalui selekoh di kawasan tersebut.
Menurut mangsa, tayar keretanya telah pecah menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan mangsa bertindak untuk menghentikan kenderaannya dengan melanggar sebatang pokok yang berada di tempat berkenaan sejurus sebelum keretanya tergelincir di tebing longkang.

Kemalangan ini dipercayai berpunca daripada keadaan jalan licin selepas hujan.Selain itu juga, seorang penduduk kampung Semerah Padi yang tinggal berdekatan di tempat kejadian memberitahu bahawa kawasan tersebut adalah kawasan kerap berlaku kemalangan yang melibatkan kereta dan lori.

PJkini menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati ketika memandu.

Sumber : PetraJayakini

Baca banyak gik »

Tuesday 26 March 2013

Hospital Umum Sarawak terbakar!

mangsa-mangsa yg dipindahkan


KUCHING: Terowong yang membekalkan kemudahan utiliti ke bangunan utama Hospital Umum Sarawak (HUS) terbakar menyebabkan lebih 100 pesakit dipindahkan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, terowong yang membekalkan kemudahan oksigen, kumbahan dan air panas untuk kemudahan hospital dikatakan tiba-tiba terbakar hingga menyebabkan asap masuk ke wad pesakit hingga ke tingkat tujuh.

Sebaik menyedari asap keluar daripada terowong berkenaan, kakitangan hospital bergegas mengarahkan pesakit mengosongkan bangunan berkenaan dan ditempatkan sementara di lobi hospital.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohammad berkata, kebakaran berlaku di pertengahan terowong berukuran kira-kira 50 meter itu yang menghubungkan bilik kompresor ke bangunan hospital.

Katanya, punca kejadian masih belum diketahui dan bomba menghadapi kesukaran untuk memadamkan kebakaran berikutan tiada laluan untuk masuk ke dalam terowong.

"Terowong yang terbakar menyebabkan asap masuk melaluinya hingga ke tingkat tujuh tetapi wad di tingkat satu paling terjejas dan kira-kira 50 pesakit terpaksa dipindahkan.

"Bomba mengambil tindakan pantas dengan menutup saluran di tingkat satu untuk mengelakkan asap terus masuk dan bagi memastikan saluran oksigen kepada pesakit dapat dibekalkan berterusan," katanya ketika ditemui.

Hisham berkata, bomba sedang memantau keadaan di bawah terowong dan berdasarkan pemantauan suhu, kebakaran masih berlaku.

Katanya, bomba sedang berusaha membuka penutup kotak untuk masuk ke terowong dan ketika ini menggunakan kaedah penyejukan bagi mengawal kebakaran.

"Keadaan kembali terkawal dan pesakit difahamkan sudah dibenarkan pulang ke wad masing-masing," katanya.

Bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.20 malam dan 39 anggota dari Balai Bomba Tabuan, Batu Lintang dan Kuching bergegas ke lokasi kejadian termasuk unit Hazmat.

sumber : harian metro

Baca banyak gik »

10 troll terbaik minggu tok!



okeh! tok 10 troll terbaik minggu tok!
Tempat Kesepuluh jatuh kepada Cherita Klasik Melodi!
Tempat kesembilan jatuh kepada Pyan Gaox!
Tempat kelapan Jatuh kepada Cherita Klasik Melodi
Tempat ketujuh jatuh kepada Cherita Klasik Melodi!
Tempat Keenam jatuh kepada Bartholomew Edward!

Tempat kelimak jatuh kepada Cherita Klasik Melodi!
Tempat keempat jatuh kepada Rinero Abu Bakar!
Tempat ketiga jatuh kepada Cherita klasik Melodi!
Tempat keduak jatuh kepada Cherita Klasik Melodi!


Dan saat paling di tunggu kita smua!!!!
tempat pertama jatuh kepada Universiti Meme Malaysia!
Baca banyak gik »

Starting post



ok, mok catat sejarah lok, website tok di launch rah sarawak troll pada 27 Mac 2013 pada pukul 12:45 minit tengah hari. Di polah oleh admin 3 start kol 2 pagi 27 Mac 2013.

website tok akan molah bnyk activity2 best. coming soon ku mok molah segment "Troll terbaik minggu tok" yg akan memaparkan 10 troll yg paling bnyk di share ngn di like. Selain dari nok ya, kmk urang juak akan ngepost berita2 terkini around sarawak tok, sik lupak juak info-info menarik around dunia tok juak.

Sama2 juak takrang nolong admin membangunkan website tok.

P/s: kita dah ada website snirik ooooooo!!!!
Baca banyak gik »

Juh Kita Trollolol !!!



tok website rasmi Sarawak Troll! tok minak post starting jak, klak akan ada activity mcm troll yg paling bnyk ditangga urang minggu tok, berita terkini, ngn info-info dunia yg best2 pake takrang...
Baca banyak gik »