Wednesday 27 March 2013

Jambatan baru connect PJ ngn City Center!

BERTUAH: Seorang penunggang motosikal yang melalui Jejambat Jalan
Tun Jugah-Jalan Song-Upland menerima hadiah daripada Manyin.

KUCHING: Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan RM145 juta untuk membina jambatan ketiga menghubungkan kawasan Petra Jaya dan pusat bandar.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, elemen projek itu akan merangkumi pembinaan jalan raya dan sebuah jambatan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jarak jalan dan jambatan itu kerana Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu menyiapkan tugas teknikal terlebih dahulu.

“Kami menerima kelulusan untuk projek ini dua minggu lepas daripada Kementerian Kewangan dan ia melibatkan belanja RM145 juta.

“Saya berharap kontraktor dapat dikenal pasti dengan segera kerana peruntukan sudah diluluskan,” katanya kepada pemberita  di sini, semalam.

Menurutnya, projek itu akan bermula dari kawasan Emart Matang akan melalui Sungai Sarawak dan menuju ke Jalan Stephen Yong.

“Ia akan memberi keselesaan kepada penduduk Kuching dan Petra Jaya,
“Ini kerana apabila projek ini siap nanti, mereka yang tinggal di Petra Jaya tidak perlu masuk ke pusat bandar untuk ke lapangan terbang,” ujarnya.

Manyin menjelaskan, tiada sebarang bayaran atau tol akan dikenakan kepada mereka yang melalui jalan itu nanti.

“Tiada tol dan ia adalah percuma,” ujarnya sambil menyatakan projek itu akan dimulakan selepas mendapat kata putus daripada JKR.


sumber : theborneopost
0 Comments
Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...