Wednesday 27 March 2013

Kemalangan di Jalan Semerah Padi



Petrajaya, 26 Mac-Satu kemalangan yang membabitkan sebuah kereta viva telah berlaku di kawasan Semerah Padi pada pagi tadi pada jam 8 pagi.

Menurut mangsa kemalangan yang dikenali sebagai Ida, insiden itu berlaku semasa beliau sedang melalui selekoh di kawasan tersebut.
Menurut mangsa, tayar keretanya telah pecah menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan mangsa bertindak untuk menghentikan kenderaannya dengan melanggar sebatang pokok yang berada di tempat berkenaan sejurus sebelum keretanya tergelincir di tebing longkang.

Kemalangan ini dipercayai berpunca daripada keadaan jalan licin selepas hujan.Selain itu juga, seorang penduduk kampung Semerah Padi yang tinggal berdekatan di tempat kejadian memberitahu bahawa kawasan tersebut adalah kawasan kerap berlaku kemalangan yang melibatkan kereta dan lori.

PJkini menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati ketika memandu.

Sumber : PetraJayakini

0 Comments
Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...