Thursday 28 March 2013

Legend of Troller, P.Ramlee...

Scene dari film Pendekar Bujang Lapok

P.Ramlee, sapa sik kenal ngn nya tok nya? tukang molah film, belakon nya juak, pemuzik, pelawak ngn mcm2 gik lah yg bermula dari hurup "P". mok tauk sejarah nya tok? tok serba sikit tentang latar blakang nya.

Ninek ku ceta, mun ada ceta P.Ramlee kluar rah panggung, nya ngn geng2 nya carik kayu rah utan pake jual, duit ya kakya pake meli tiket wayang ya. Nang dari dolok marek, ceta classic nang favourite ninek ku. okeh, juh sambung ceta.


P.Ramlee

Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee (dilahirkan sebagai Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh; 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan yang meluas dari dalam dan luar negara di sepanjang hidupnya hinggalah selepas kematiannya.

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri, pada tarikh 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967).
Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri iaitu Syeikh Ali melalui ibu yang sama.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan Sekolah Kebangsaan Francis Light. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. 
Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila perang tamat.


Sudin ngn Ajiz

Mun P.Ramlee belakon, nang kompom ada geng2 nya mcm Sudin ngn Ajiz, sik abis perey nangga olah sidak ya! Sudin kejanya nyakat si Ajiz, sbb Ajiz jak yg alus rah sia. nya duak tok nang ndak alah2 klaie hal pelik2, kakya ramlee gik jadi org tengah pake ngelerai sidak ya.

Ceta yg paling best sidak belakon ialah Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman bujang Lapok ngn Ali Baba Bujang Lapok. sik abis perey nangga ceta2 ya. Dibah tok antara latar belakang Sudin ngn Ajiz


Aziz Satar

Datuk Abdul Aziz bin Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar (lahir 8 Ogos 1925), merupakan salah seorang seniman serba boleh.                                                                           Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.                                                                                     Beliau dilahirkan di Pakalongan, Surabaya, Indonesia pada 8 Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.                                                                                          Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal - Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.                                                                                       Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman pendudukan Jepun di Malaya. 

Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150.


S.Shamsuddin


Sahamsudin bin Dali atau lebih dikenali sebagai S. Shamsudin (dilahirkan 1 Januari 1929 (84 tahun)) merupakan pelakon dan pelawak filem Melayu kelahiran Singapura yang terkenal semasa 1950-an & 1960-an.

 Beliau lebih terkenal kerana lakonan watak-watak lucu dalam filem. S. Shamsuddin telah mendapat didikan daripada bapa mertua P. Ramlee iaitu Daeng Haris.

Keistimewaannya terletak pada gerak badannya yang lincah dan lidahnya yang petah sewaktu berkata-kata. Telah berlakon beberapa filem antaranya Bujang Lapok, Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.

Suatu hari, pada 1948, dia melawat Studio Malay Productions (MFP) di Jalan Ampas hanya untuk melihat bagaimana perfileman dijalankan. Lawatannya ternyata bertuah kerana dia diberikan peluang untuk menjadi pelakon tambahan dalam filem Chempaka yang di arah olrh B. S. Rajhans.

Beberapa hari kemudian dia mencari kerja di MFP dan mendapat kerja sebagai tukang kayu bagi set studio dan filem. Sementara itu dia turut bekerja sebagai pelakon tambahan atau penari dalam filem. Akhirnya, dia diberi peranan dalam film Aloha, yang diarah oleh B. S. Rajhans.

Dia berlakon dalam beberapa babak yang memerlukan banyak dialog, yang dianggap besar bagi pelakon tambahan malah bagi pelakon baru. Peranan komedinya dalam filem dilakonkan bersama Osman Gumanti, Mariam, P. Ramlee, A. R. Tompel dan D. Harris, menonjolkan bakatnya dalam lakonan.

Lebih banyak watak filem ditawarkan kepadanya, dan Sudin akhirnya menjadi pelakon tetap bagi filem Melayu era tersebut bersama Aziz Sattar, kedua-duanya muncul bersama pelakon terkenal P. Ramlee beberapa kali, terutamanya dalam siri filem Bujang Lapok.

P/s: Sidak tok nang legend dlm bidang troller tok, sikda yg dpt ngalah sidak...

0 Comments
Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...